LAWATAN PELAKSANAAN AMALAN 5S DARI I-PUTRA KE BAHAGIAN PENTADBIRAN, PEJABAT NAIB CANSELOR | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » LAWATAN PELAKSANAAN AMALAN 5S DARI i-PUTRA KE BAHAGIAN PENTADBIRAN, PEJABAT NAIB CANSELOR

LAWATAN PELAKSANAAN AMALAN 5S DARI i-PUTRA KE BAHAGIAN PENTADBIRAN, PEJABAT NAIB CANSELOR

Oleh: Muhammad Azfar Ismail

SERDANG, 19 April 2019 -  Pusat Antarabangsa yang dikenali sebagai i-PUTRA UPM  telah mengadakan Lawatan 5S di Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor dengan kehadiran seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Induk 5S i-PUTRA.Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian berkenaan pelaksanaan Amalan 5S di Pejabat Naib Canselor, UPM.  Selain itu, ianya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat dalam menjayakan program 5S di pejabat PTJ.  Program lawatan ini bermula pada jam 3.00 petang dan ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai Pejabat Naib Canselor.  Kemudian, satu taklimat ringkas tentang latar belakang, pelaksanaan amalan 5S dan aktiviti 5S di Pejabat Naib Canselor yang disampaikan oleh Pn Nurainakmal Kamal Bahrin, selaku Fasilitator Jawatanuasa 5S Pejabat Naib Canselor.

Program lawatan ini diteruskan dengan memperkenalkan kepada para peserta zon-zon yang dibangunkan oleh Pejabat Naib Canselor yang dimulakan dengan Zon Kelestarian Hijau di mana zon tersebut mempunyai beberapa sudut iaitu seperti Urban Garden Rooftop, Laluan Hijau dan Sudut Ketenangan Minda yang diketuai oleh Cik Hafsah Johan.  Seterusnya, para peserta meninjau Zon Ruang Pejabat dan Ruang Diskusi Bahagian Pentadbiran yang diketuai oleh Encik Ahmad Azlan Ahmad Saad.  Kemudian, lawatan diteruskan ke Zon Rekod, di mana zon tersebut adalah merupakan Bilik Fail yang menempatkan lebih 500 ribu dokumen surat Pejabat Naib Canselor dan mereka tertarik dengan sistem rekod yang digunakan iaitu Sistem EDMS yang digunapakai di Pejabat Naib Canselor yang diketuai oleh Puan Sarina Mad Suri.  Selain itu, para peserta ke Zon Fasiliti yang mempunyai tiga (3) bilik utama iaitu Bilik Sidang, Bilik Tetamu dan Bilik Eksekutif yang diketuai oleh Encik Muhammad Azfar Ismail.  Tidak dilupakan, Ruang Pantri yang menampilkan konsep Rumah ku Syurga ku dengan keselesaan untuk kakitangan Pejabat Naib Canselor yang ditempatkan di dalam Bilik Eksekutif.   Perjalanan lawatan seterusnya adalah ke Stor Alat Tulis Pejabat diketuai oleh Encik Ahmad Azlan Ahmad Saad dan para peserta cukup kagum dengan pengurusan stor dengan menampakkan stor lebih tersusun dan mudah dicapai. 

 

Ruang Masuk Urban Garden Rooftop, Pejabat Naib Canselor

 

Urban Garden Rooftop, Pejabat Naib Canselor

 

Sesi Penerangan Zon Kelestarian Hijau dan Security Access Door oleh Pn. Nurainakmal, PNC

 

Sepanjang lawatan ke zon-zon, sesi soal jawab dan perkongsian dari peserta amat memberangsangkan dan sedikit sebanyak pihak Pejabat Naib Canselor dapat mengutip pandangan dan idea daripada pihak luar. Program ini tamat pada jam 4.45 petang dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan. Pejabat Naib Canselor amat berbesar hati dengan kunjungan pihak i – PUTRA dan diharap dengan lawatan tersebut dapat mewujudkan kerjasama lain pada masa hadapan.

 

Lawatan 5S dari i-PUTRA, UPM

 

 

 

Date of Input: 30/04/2019 | Updated: 30/04/2019 | ahmadazlan

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdSAG~