TAHUN 2018 - MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) UPM | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» INTEGRITY UNIT » GALLERY » TAHUN 2018 - MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) UPM

TAHUN 2018 - MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) UPM

 

   

SERDANG, 3 Mei – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris mahu semua warga UPM untuk sentiasa melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan penuh integriti.

Katanya, mereka perlu menjauhkan diri daripada terlibat dengan unsur yang boleh membawa kepada salah guna kuasa dan rasuah.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam membasmi rasuah serta memartabatkan integriti di kalangan warga UPM, yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, UPM.

Beliau mengetuai lafaz ikrar itu yang disertai Pegawai Kanan serta warga UPM. Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Bahari Mohd Jamil.

 “Harapan saya dengan lafaz ikrar ini dapat membantu warga UPM untuk sentiasa beringat serta mematuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan dan menjauhkan diri dari terlibat dengan unsur yang boleh membawa kepada salah guna kuasa atau rasuah,” kata Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini.

 
 
           
           
 
           
 
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
 

 

 

Updated:: 05/06/2018 [zhafran]

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
C1561605091