Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C). Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara dalam talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.
Kemudahan RSS di Laman Web UPM
Kemudahan RSS disediakan bagi memudahkan capaian pengguna kepada maklumat terkini atau berita mengenai UPM dengan lebih pantas dan mudah. Maklumat terkini mengenai UPM ini juga boleh dicapai terus tanpa perlu melayari Laman Web UPM ini sekiranya anda telah subscribe pada kemudahan RSS Laman Web UPM.
1. Di ruangan Hubungi Kami di bahagian footer, klik untuk ke laman senarai kemudahan RSS yang ditawarkan di Laman Web UPM.
2. Klik pilihan maklumat RSS yang dikehendaki.
3. Paparan senarai berita RSS diperolehi.
1. Klik pautan Subscribe to this feed.
2. Pilih Add to Favorites Bar, klik Subscribe.
3. Pautan mengenai berita RSS akan dimasukkan pada panel Favorites. Senarai berita RSS boleh terus dicapai melalui pautan tersebut.
1. Klik butang Subscribe Now.
2. Pilih butang Subscribe di tetingkap yang dipaparkan.
3. Pautan mengenai berita RSS akan dimasukkan dalam menu Bookmarks Toolbar yang boleh dicapai melalui menu Bookmarks > Bookmarks Toolbar.
4. Senarai berita RSS boleh terus dicapai melalui pautan tersebut.
Dapatkan maklumat terkini yang terdapat di Laman Web UPM dengan melanggan Really Simple Syndication (RSS) berdasarkan kategori berikut:
a. Berita
b. Aktiviti
Pejabat Naib Canselor,
Tingkat 4, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Emel Naib Canselor: vc@upm.edu.my