Show Case Urban Agriculture (Selasih) | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» BEST PRACTISE » URBAN AGRICULTURE » Show Case Urban Agriculture (Selasih)

Show Case Urban Agriculture (Selasih)


Nama Saintifik : Ocimum basilicum
Nama Tempatan : Selasih,kemangi,basil
Asal : Berasal daripada Asia Barat. Hidup di kawasan terbiar dan kebanyakkannya ditanam di Semenanjung Malaysia.
Morfologi : Syrub setinggi 1m, berkayu pada pangkal. Bunga tiga serangkai, berwarna ungu dan beraroma. Daun ovat, apeks akut dan bersaiz kecil. Pedisel pendek. Kaliks 0.5-1 cm panjang dan korola berwarna ungu atau putih.
Kegunaan : Mengatasi masalah sakit perut dan kembung perut, menghilangkan bau mulut, menguatkan buah pinggang, meningkatkan peredaran darah, mengatasi masalah cacing dalam perut dan sebagai minyak pati, ulaman, masakan.
Cara penanaman : Penanaman pokok selasih menggunakan biji benih yang dihasilkan dari pokok yang cukup matang. Semai biji daun selasih di dalam bekas tanaman yang mengandungi tanah yang telah dicampur dengan baja organik. Jika ingin menanam terus diatas tanah pastikan kawasan tidak mudah tenggelam atau mempunyai saliran yang baik. Dari segi pembajaan sebaiknya gunakan baja-baja asas organik dan elakkan menggunakan baja kimia. Oleh kerana tumbuhan ini mempunyai nilai khasiat yang sangat baik maka wajar diberikan perhatian untuk produk organik.
Sumber : 1. http://www.conservatorypark.upm.my 2. http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-herba-daun-kemangi.html

Updated:: 04/12/2015

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466001
0389483244
C1511157741