UPM Uruskan Perjalanan Pulang Pelajar-pelajar IPT Zon Tengah Ke Selatan Tanah Air | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » UPM uruskan perjalanan pulang pelajar-pelajar IPT zon tengah ke selatan tanah air

UPM uruskan perjalanan pulang pelajar-pelajar IPT zon tengah ke selatan tanah air

Oleh: Khairul Anuar Muhaamd Noh

Foto Oleh: Marina Ismail

 

SERDANG, 5 Mei 2020 - Universiti Putra Malaysia (UPM) berkerjasama dengan enam universiti awam zon tengah bagi proses perjalanan pulang pelajar-pelajar tujuh buah universiti awam di  Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ke beberapa lokasi selatan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor melibat seramai 240 pelajar bermula pukul 10 malam ini. 

Selain UPM, pusat penghantaran perjalanan pulang seramai 2,122 pelajar lagi pada mala mini dibuat seretak di enam universiti zon tengah yang lain iaitu UIAM, UiTM, UKM, UM, UPNM dan UTM KL.

Daripada jumlah keseluruhan 240 pelajar di pusat penghantaran UPM pada malam ini, 176 ialah pelajar UPM, dan bakinya ialah pelajar dari UIAM, UiTM, UKM, UM, UPNM dan UTM KL.

Proses perjalanan pulang ini mengikut prosedur operasi standard (S.O.P) yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berpuas hati dengan kelancaran proses pada malam itu yang diuruskan secara keseluruhan oleh Universiti Putra Malaysia.

“Terima kasih kepada usaha Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam memastikan proses ini berjalan lancar.

“Saya doakan kesemua pelajar selamat dalam perjalanan menaiki 14 buah bas ke 11 lokasi ibu pejabat polis daerah (IPD) iaitu tiga di Negeri Sembilan, tiga di Melaka dan lima di Johor. Setibanya pelajar-pelajar ini ke IPD masing-masing, mereka akan dihantar ke rumah,” katanya yang membuat tinjauan proses perjalanan pulang pelajar-pelajar tujuh buah universiti awam di sini.

Turut hadir mengiringi Menteri ialah Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Mohd Rafee Baharudin.

UPM pada 2 Mei lalu menjadi tuan rumah bagi proses perjalanan pulang pelajar-pelajar institusi pengajian awam dan swasta zon tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) ke beberapa lokasi di zon Perak melibatkan seramai 1,876 pelajar

Datuk Dr Noraini berkata bagi pelajar yang masih tidak boleh balik ke kampung kerana berstatus zon merah, setiap institusi pengajian tinggi diharapkan akan terus menjaga kebajikan pelajar dan KPT akan menguruskan perjalanan pulang apabila zon telah bertukar status.

“Apabila tiba di kampung, pelajar harus sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, pastikan penjarakan sosial, digalakkan menggunakan penutup hidung dan mulut, mengamalkan amalan pencegahan jangkitan, mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan dan pastikan pemakanan yang sihat,” ujarnya. - UPM

https://pnc.upm.edu.my/berita/upm_uruskan_perjalanan_pulang_pelajar_pelajar_ipt_zon_tengah_ke_selatan_tanah_air-56875

Tarikh Input: 31/05/2020 | Kemaskini: 31/05/2020 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXESKAi~