UPM Tuan Rumah Asia Pasifik International Institute Of Online Education (IIOE) National Centre 2023 UNESCO-ICHEI | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » UPM tuan rumah Asia Pasifik International Institute of Online Education (IIOE) National Centre 2023 UNESCO-ICHEI

UPM tuan rumah Asia Pasifik International Institute of Online Education (IIOE) National Centre 2023 UNESCO-ICHEI

UPM tuan rumah Asia Pasifik International Institute of Online Education (IIOE) National Centre 2023 UNESCO-ICHEI
 
 
SERDANG, 5 Januari- Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai tuan rumah oleh UNESCO-ICHEI pada tahun ini untuk menjadi pusat International Institute of Online Education (IIOE) dalam inisiatif transformasi digital pendidikan tinggi di rantau Asia Pasifik.
 
Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata UPM beriltizam untuk terus menyokong agenda pendigitalan para pendidik bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.
 
"Pada tahun-tahun sebelumnya, UPM telah terlibat secara aktif dalam pembangunan kompetensi digital pendidik melalui pelbagai aktiviti seperti program pembangunan profesional berterusan digital dan inisiatif kampus pintar.
 
"UPM telah meletakkan usaha untuk mempromosi dan mempertingkatkan penggunaan ICT dalam inisiatif kampus pintarnya melalui menggalakkan ekosistem yang kondusif dan inklusif," katanya dalam mesyuarat UNESCO-ICHEI secara dalam talian hari ini.
 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada UNESCO-ICHEI kerana memilih UPM sebagai rakan usaha sama pada tahun ini dalam usaha murni memperjuangkan usaha IIOE.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata UPM bersedia untuk membantu pensyarah IPT khasnya di negara yang sedang membangun.
 
"UPM akan dibarisi oleh pendidik digital yang akan berkongsi pengetahuan mereka bersama negara-negara yang kurang mahir penggunaan digital dalam pendidikan dan mengambil bahagian dalam inisiatif transformasi digital pendidikan tinggi di rantau Asia Pasifik seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan bersama," katanya.
 

Tarikh Input: 09/01/2023 | Kemaskini: 09/01/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEUMAR~