UPM Destinasi Pertama Program Jelajah Maju Bersama MB Selangor | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » UPM destinasi pertama Program Jelajah Maju Bersama MB Selangor

UPM destinasi pertama Program Jelajah Maju Bersama MB Selangor

 

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Marina Ismail

 

SERDANG, 19 Feb – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengadakan Program Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mewujudkan jaringan kerjasama di antara Universiti Awam (UA) dengan Kerajaan Negeri.

Beliau berharap program itu dapat dimanfaatkan untuk membantu serta memperkasakan anak negeri Selangor daripada aspek kebajikan, kebolehpasaran, daya kepimpinan dan penglibatan dalam aktiviti kesukarelaan.

“Inisiatif Kerajaan Negeri memberi bimbingan kerjaya dan penerangan berkaitan pembiayaan kewangan, adalah usaha dalam menterjemah komitmen Kerajaan Negeri dalam memacu hala tuju pendidikan,” katanya.

 

Amirudin merupakan alumni UPM tahun 2003 serta Pendebat Pasukan Utama Universiti dari 2000 hingga 2002.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata, sebagai UA di Selangor, UPM menyokong usaha Kerajaan Negeri melaksanakan penambahbaikan serta pembangunan untuk kemajuan dalam bidang pendidikan.

“UPM sentiasa menyambut baik jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan berharap dapat bergerak seiring terutamanya dengan matlamat dalam hala tuju pendidikan,” katanya. - UPM

Tarikh Input: 08/04/2019 | Kemaskini: 08/04/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEZEA2~