Sesi Perkongsian Siri 2: Saya Faham, Anda Faham, Kita Faham - Mendepani Cabaran Komunikasi Ketika BDR | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Sesi Perkongsian Siri 2: Saya Faham, Anda Faham, Kita Faham - Mendepani Cabaran Komunikasi Ketika BDR

Sesi Perkongsian Siri 2: Saya Faham, Anda Faham, Kita Faham - Mendepani Cabaran Komunikasi Ketika BDR

SERDANG, 9 Julai 2021 – Pejabat Naib Canselor telah menganjurkan Sesi Perkongsian Siri 2 yang terbuka kepada seluruh warga UPM khasnya dengan tajuk yang diketengahkan, Saya Faham, Anda Faham, Kita Faham – Mendepani Cabaran Komunikasi Ketika Bekerja Dari Rumah. Encik Muhammad Za’im Rosli, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Kaunseling, UPM diundang sebagai penceramah bagi sesi perkongsian berkenaan yang bermula daripada jam 10:00 pagi secara atas talian melalui aplikasi webex.

Melalui sesi perkongsian ini, para peserta yang terdiri daripada 246 orang peserta telah didedahkan dengan beberapa topik berkaitan dengan cabaran komunikasi ketika bekerja dari rumah yang kini menjadi norma baharu budaya kerja. Punca cabaran komunikasi dan teknik mengatasi cabaran komunikasi berkenaan, juga turut dikongsi. Sehubungan itu, adalah diharapkan topik-topik yang dibincangkan dapat dijadikan sebagai idea pemudah cara kepada para peserta bagi mendepani salah satu cabaran bekerja dalam norma baharu ini.

Selain itu, penganjuran sesi perkongsian ini juga turut dijadikan platform bagi melatih, mengasah dan memupuk kemahiran tambahan baharu dikalangan staf Pejabat Naib Canselor bagi peningkatan kerjaya sebagaimana hasrat Puan Noorizai Mohd Noor, Ketua Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor.

Staf yang terlibat dalam menjayakan sesi perkongsian ini terdiri daripada Encik Ahmad Azlan bin Ahmad Saad (Pengerusi) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang lain iaitu Encik Afiq Saparin (Teknikal), Encik Muhammad Azfar Ismail (Pengacara Majlis), Puan Marni Kasim (Pengurusan Penceramah dan Pengacara Majlis), Puan Sarina Md. Suri (Publisiti dan Promosi), Puan Hazrina Sello (Pendaftaran dan Pelaporan) dan Puan Nurainakmal Kamal Bahrin sebagai pegawai pemantau serta turut dibantu oleh Encik Mohd Fikri Draffar dari Pejabat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).

Sesi perkongsian ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta yang turut mencadangkan beberapa topik bagi sesi perkongsian seterusnya, Siri 3 yang akan dikendalikan oleh staf Pejabat Naib Canselor yang lain pula dengan peranan yang berbeza yang dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2021.

​

 
 

Akan Datang Siri 3: 20 Ogos 2021

Tarikh Input: 16/08/2021 | Kemaskini: 20/12/2023 | afiqsafarin

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXETIAx~