SEKALUNG TAHNIAH: ANUGERAH TOKOH WANITA HARI PERKERJA CUEPACS 2019, ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG DAN ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM) | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » SEKALUNG TAHNIAH: ANUGERAH TOKOH WANITA HARI PERKERJA CUEPACS 2019, ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG DAN ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)

SEKALUNG TAHNIAH: ANUGERAH TOKOH WANITA HARI PERKERJA CUEPACS 2019, ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG DAN ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)

Oleh: Ahmad Azlan Ahmad Saad

 

IPOH, 2 Mei 2019 - Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM yang telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Wanita Hari Pekerja CUEPACS 2019 sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 yang berlangsung pada pagi ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Pada majlis yang sama juga, Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA) turut menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang. Anugerah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran V. Murugeson. Sebagai rekod, KEPERTAMA telah dinobatkan sebagai Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam) bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2019 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Sumber Manusia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari sebelumnya (1 Mei 2019) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

YBhg. Datin Paduka Dato’ Naib Canselor bersama trofi dan sijil penghargaan Anugerah Tokoh Wanita Hari Pekerja CUEPACS 2019

 

Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang

 

 

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada tahun ini bertemakan ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’.  YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan perasmian beliau antara lain menegaskan agar setiap pekerja perlu sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh integriti kerana warga kerja yang amanah merupakan tunjang kerajaan dalam mencapai status negara maju berdasarkan kepada acuan kita sendiri dan berada pada tahap negara maju di peringkat antarabangsa.

 

Sepertimana yang kita sedia maklum, YBhg. Datin Paduka Dato’ Naib Canselor mengutamakan konsep ihsan dikalangan warga UPM sejak beliau menerajui UPM mulai tahun 2016 lagi. Pada Perutusan Naib Canselor 2019 yang lalu yang bertemakan Ihsan: Integriti dan Kewibawaan, beliau mengingatkan seluruh warga UPM di mana dalam usaha kita mengejar kecemerlangan, kita perlu berpegang kepada nilai integriti dan etika kerja yang tinggi. Tidak ada jalan pintas untuk sesuatu kejayaan. Dalam konteks ini, ihsan telah dipromosikan sebagai nilai bersama yang sangat penting dalam usaha kita memacu kecemerlangan UPM berasaskan integriti, profesionalisme dan kualiti. Hal ini selari dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia dan aspirasi kerajaan tersebut.

 

Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam)

 

 

Tarikh Input: 02/05/2019 | Kemaskini: 02/05/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDcQAz~