Pusat Alumni UPM Anjur Siri Syarahan “Pak Rashid The Che’gu” | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Pusat Alumni UPM anjur siri syarahan “Pak Rashid the Che’gu”

Pusat Alumni UPM anjur siri syarahan “Pak Rashid the Che’gu”





Oleh: Shafini Raisha
Foto:  Noor Azreen Awang

SERDANG, 25 Julai – Pusat Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Siri Syarahan Yayasan Pak Rashid “Pak Rashid the Che’gu” bagi mengiktirafkan peranan alumni dalam melonjakkan UPM dan mengeratkan hubungan strategik antara alumni dan alma mater.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata UPM sedar bahawa kecemerlangan sesebuah universiti akan lebih mantap dan lebih tinggi martabatnya dengan sokongan aktif alumninya yang merupakan aset intelektual universiti.

“Ini telah dibuktikan oleh universiti-universiti terkemuka dunia,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis itu.

Katanya, Yayasan Pak Rashid juga menjalinkan perkongsian strategik dengan alumni dan badan-badan korporat untuk mencapai dan mengekalkan kecemerlangan pendidikan tinggi dan perkhidmatan profesional.

Beliau berharap tradisi dermawan itu akan diperkasakan, untuk memastikan UPM terus cemerlang.

“UPM amat menghargai alumni dan rakan-rakan yang sentiasa mengingati UPM sebagai alma mater mereka. Sumbangan anda amat bermakna. Kami berbesar hati menerima sumbangan anda bagi membantu merealisasikan objektif Yayasan Pak Rashid”, katanya.






Syarahan Yayasan Pak Rashid itu disampaikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pak Rashid, Tan Sri Dr. Mohd. Noor Ismail, yang juga Alumi UPM Kelas 1955 dan anak didik Allahyarham Pak Rashid.

Juga diadakan perkongsian pengalaman penonton, ahli keluarga dan kenalan Pak Rashid.

Yayasan yang diilhamkan sempena nama Pak Rashid ini merupakan cetusan idea rakan-rakan, dan alumni yang mengenali serta sentiasa mengingati beliau sebagai seorang guru yang cemerlang.

Pak Rashid atau nama sebenarnya Mohd Rashid Ahmad sentiasa menekankan keseimbangan penyampaian ilmu pengetahuan dan pembentukan sahsiah pelajar. Yayasan Pak Rashid dilancarkan pada tahun 2000. - UPM

 


Tarikh Input: | Kemaskini: 13/03/2017 | fahezah_nor

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdWAn~