PERSIDANGAN ASAIHL MEMPERKUKUH PERSEFAHAMAN SERANTAU | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » PERSIDANGAN ASAIHL MEMPERKUKUH PERSEFAHAMAN SERANTAU

PERSIDANGAN ASAIHL MEMPERKUKUH PERSEFAHAMAN SERANTAU

Makassar 17 May 2017

PERSIDANGAN ASAIHL MEMPERKUKUH PERSEFAHAMAN SERANTAU

 

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah turut serta dalam Persidangan The Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) pada tahun 2017 mulai 16 May hingga 19 May 2017, di Makassar, Indonesia. Universitas Hasanuddin telah diberi pilih sebgai tuan rumah pada persidangan kali ini.

 

Tema yang diketengahkan oleh persidangan adalah “Higher Education Challenges in Shaping The Nation Competitiveness”. Persidangan telah dirasmikan oleh Menteri Penyelidikan, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi Prof. Dr. H Mohamad Nasir. Prof. Dr. Nasir menggesa agar persidangan Antarabangsa seperti ASAIHL ini ditingkatkan bukan sahaja sebagai forum untuk perbincangan tetapi juga sebagai medan memperkukuh persefahaman terutama dalam menerajui sektor pendidikan tinggi yang melibatkan ahli ASAIHL.

 

“Seperti kita ketahui, pendidikan terutama pendidikan tinggi adalah kekuatan untuk peningkatan kompetensi individu, kemajuan sosial masyarakat dan pengembangan budaya. Melalui pendidikan, kita menemukan tempat kita di dunia, memahami dunia, dan kita menumbuhkan saling menghargai antara sesama,” ujar beliau.

 

Dalam ucapan aluan Prof. Dr. Dwia Aries Tina Pulubuhu, Rektor Universitas Hasanuddin, menegaskan bahawasejajar dengan harapan masyarakat terhadap peranan institusi pendidikan tinggi telah meningkat terutama dalam aspek akauntabiliti, ia secara tidak langsung memberi dorongan kuat kepada institusi pendidikan tinggi untuk membangunkan sistem governans yang lebih baik dan sihat. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli ASAIHL atas sokongan dalam penganjuran persidangan kali ini. Dr. Ninnat Olanvoravuth selaku Setiausaha Kehormat ASAIHL merakamkan ucapan penghargaan kepada penganjur persidangan dan pengucap utama yang terlibat bagi menjayakan persidangan kali ini. Antara tokoh yang memberikan ucap utama adalah Prof. Jun Murai, Mantan Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar dan Maklumat, Keio University, Japan, Prof. Kai-Ming Cheng Profesor Kursi Pendidikan di University of Hong Kong, Gita Wirjawan, ahli Lembaga Pemegang Amanah Univesitas Hasanuddin yang turut merupakan usahawan berjaya dan mantan Menteri Perdagangan dan Industri Indonesia.

Pada persidangan kali ini, Prof. Datin Paduka Aini Ideris, Naib Canselor UPM turut hadir ke mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL bagi membincangkan hala tuju dan isu bersama pendidikan termasuk program Fellowship yang ditawarkan di bawah ASAIHL. UPM telah memberikan komitmen untuk menghantar staf ke Naresuan University, Thailand di bawah Skim Fellowship Air Asia ASAIHL Programme. Di bawah program ini melibatkan pertukaran pegawai antara kedua-dua universiti untuk tempoh minimum 1 minggu bagi meningkatkan kerjasama akademik. Fellowship ini merupakan program yang julung kali ditawarkan oleh Air Asia kepada ASAIHL dan UPM-Naresuan University merupakan penerima pertama skim ini.

 

Delegasi UPM terdiri daripada Academician Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Syed Jalaluddin Syed Salim, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor, Profesor Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varaharajoo Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industi dan Masyarakat) dan Encik Mohd Nazri bin Md Yasin, Ketua Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor.

 

ASAIHL ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan badan bukan kerajaan bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan universiti di Asia Tenggara. ASAIHL dianggotai 239 instituti pendidikan tinggi dari rantau asia, Eropah dan Amerika Syarikat

Dari kiri: Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM, Prof. Dr. H Mohamad Nasir Menteri Penyelidikan, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi, Indonesia, Academician Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Syed Jalaluddin Syed Salim, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Profesor Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varaharajoo Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industi dan Masyarakat) dan Prof. Intan Ahmad, Direktur Jenderal Pembelajaran dan Kemahasiswaan, Kementerian Penyelidikan, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi

 

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM bersama Dr. Ninnat Olanvoravuth selaku Setiausaha Kehormat ASAIHL

 

 

 

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM bersama Prof. Dr. Dwia Aries Tina Pulubuhu, Rektor Universitas Hasanuddin

 

Tarikh Input: 25/05/2017 | Kemaskini: 26/05/2017 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdSAR~