Pengauditan 5s Sempena HKIP 2018 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Pengauditan 5s sempena HKIP 2018

Pengauditan 5s sempena HKIP 2018

11 Oktober 2018, Bahagian Pentadbiran telah menerima kunjungan auditor universiti yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) bagi menilai pelaksanaan dan amalan 5s. Encik Mohd Isnain bin Ali, adalah merupakan Penolong Pendaftar Kanan dari Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan. Penilaian 5s ini dilaksanakan sempena pertandingan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan 2018 (HKIP).

 

Pelaksanaan amalan 5s di Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor adalah sebagai komitmen  mewujudkan persekitaran kerja yang konduksif dan bersistematik dengan membudayakan amalan kerja  yang bersih dan  selamat. Ia juga berperanan menyingkirkan pembaziran dan menerapkan inovasi serta penambahbaikan secara berterusan  bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.

 

Slogan pelaksanaan 5s di PNC adalah MELESTARI INOVASI, MELONJAK PRESTASI, iaitu slogan yang memenangi hadiah tema HKIP 2016.

Tarikh Input: 11/10/2018 | Kemaskini: 11/10/2018 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXESSAs~