Pelantikan UPM Sebagai Rakan Strategik Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Pelantikan UPM sebagai Rakan Strategik Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017

Pelantikan UPM sebagai Rakan Strategik Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017

Bera, Pahang, 11 Mac 2017

 

Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 telah dirasmikan oleh  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertempat di Padang Majlis Daerah Bera, di Bera. Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan konsisten dalam menjaga kebajikan semua rakyat, terutamanya golongan Bumiputera, termasuk usaha melalui program JPB 2017 ini. Kerajaan ingin memastikan tidak ada pelajar Bumiputera yang layak ke institusi pengajian tinggi (IPT) tercicir kerana masalah seperti kemiskinan.

Majlis dihadiri kira-kira 15,000 penduduk sekitar dan generasi muda, dan menyaksikan penyerahan watikah pelantikan agensi awam dan Universiti sebagai Rakan Strategik JPB 2017. UPM yang diwakili oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Aini Ideris, Naib Canselor menerima watikah pelantikan UPM sebagai Rakan Strategik Program Jelajah Pendidikan Bumiputera daripada YAB Perdana Menteri. Pada Majlis tersebut YAB Perdana Menteri turut dilancarkan aplikasi JPB4U bagi memudahkan pelajar mendaftar untuk menyertai program berkenaan.




Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB 2017, Profesor Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar.

 

Tarikh Input: 13/03/2017 | Kemaskini: 13/03/2017 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEYLA0~