Naib Canselor Dianugerahkan 2018 ISSAAS Matsuda Award | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Naib Canselor dianugerahkan 2018 ISSAAS Matsuda Award

Naib Canselor dianugerahkan 2018 ISSAAS Matsuda Award

12, Oktober 2018, Kuching.

Tahniah YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris yang telah dianugerahkan 2018 ISSAAS Matsuda Award.

 

Bersempena Perhimpunan Agung ISSAAS 2018, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris terpilih sebagai penerima 2018 ISSAAS Matsuda Award di atas sumbangan cemerlang di dalam kemajuan sains, penyelidikan dan latihan di dalam pembangunan pertanian Asia Tenggara, terutama sekali peranan beliau di dalam kesihatan avian.

 

Persatuan Antarabangsa bagi Sains Pertanian Asia Tenggara (ISSAAS) sentiasa proaktif dalam mengukuhkan kerjasama saintis pertanian di Asia dan Asia Tenggara serta mengumpulkan golongan profesional yang mempunyai kepentingan bersama di dalam pembangunan pertanian di rantau ini sejak tahun 1994.

 

Majlis penyampaian telah diadakan di Riverside Majestic, Kuching, Sarawak.

Tarikh Input: 12/10/2018 | Kemaskini: 12/10/2018 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDcTAk~