Lantikan TNCHEPA | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Lantikan TNCHEPA

Lantikan TNCHEPA

Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu selama tiga tahun mulai 1 Sept hingga 31 Ogos 2020.

Menurut kenyataan UPM hari ini, pelantikan Mohd Roslan bagi menggantikan Prof Dr Mohamad Shatar Sabran yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Feb lalu.

Pelantikan Mohd Roslan dibuat dalam surat yang ditandatangani Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pada 28 Ogos lepas

Anak kelahiran Kuala Rompin, Pahang itu merupakan Profesor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM dan berkelulusan Doktor Perubatan Veterinar UPM pada 1994 dan Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti of Edinburgh, Scotland pada 1999.

Selain pernah memegang jawatan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Siswazah) pada 2006 hingga 2012, Mohd Roslan telah menerbitkan lebih 150 penerbitan berbentuk jurnal, prosiding, buku dan laporan teknikal hasil penyelidikan yang dijalankan.

Tarikh Input: 05/09/2017 | Kemaskini: 05/09/2017 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXETLAa~