Kolobrasi Bersama John Hopkins School Of Nursing, A.Syarikat | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Kolobrasi bersama John Hopkins School of Nursing, A.Syarikat

Kolobrasi bersama John Hopkins School of Nursing, A.Syarikat

Oleh: Soh Kim Lam

 

BALTIMORE (Amerika Syarikat), 30 Ogos – Pensyarah Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr Soh Kim Lam menjalani sangkutan penyelidikan sebagai Visiting Scholar di John Hopkins School of Nursing di Baltimore, Amerika Syarikat melalui Program Nobel Laurette oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM.

 

Sangkutan penyelidikan itu memberi peluang amat bermakna kepada beliau dalam merangka strategi bagi mewujudkan hubungan kerjasama antara dua universiti terutamanya dalam penerbitan dan penyelidikan.

 

Ia juga digunakan untuk membincangkan peluang memulakan Memorandum Persefahaman (MoA) antara kedua-dua universiti.

 

Sepanjang program itu, Dr. Soh diselia oleh Dekan, John Hopkins School of Nursing, Prof. Patricia Davidson yang juga mentor bagi Program Visiting Scholar.

 

Semasa berucap pada Program State of the School, Prof. Patricia Davidson menyatakan John Hopkins University amat menghargai staf akademik berwibawa untuk bersama menyertai John Hopkins dan berbesar hati menerima kunjungan staf akademik berpotensi dari luar negara untuk kolaborasi. 

 

“John Hopkins School of Nursing mempunyai status kewangan yang kukuh kerana sokongan padu dari kerajaan. John Hopkins School of Nursing juga berupaya menjana pendapatan yang tinggi.

 

“Bagi memantapkan lagi John Hopkins School of Nursing di peringkat global, peruntukan sebanyak AS$6 juta digunakan untuk penambahbaikan infrastruktur bangunan dan pejabat staf yang sedang dilaksanakan,” katanya.

 

Semasa sangkutan penyelidikan ini,  Prof. Madya Dr Soh Kim Lam berpeluang  berbincang bersama Associate Dean,  International dan Global Affairs, John Hopkins School of Nursing, Professor Nancy Reynolds untuk menjadikan Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi, UPM sebagai salah satu Pusat Kerjasama Antarabangsa. 

 

Katanya, John Hopkins School of Nursing sentiasa bersedia untuk membantu universiti luar yang ingin menjadikan universiti mereka sebagai Pusat Kerjasama Antarabangsa.

 

Sangkutan penyelidikan itu juga digunakan bagi membincangkan peluang kolaborasi dalam permohonan geran antarabangsa bersama staf Akademik John Hopkins School of Nursing, Dr Tamar Rodney.

 

Dr.Rodney berkata, beliau sentiasa terbuka untuk bekerjasama dalam penyelidikan bersama staf akademik antarabangsa.

 

Katanya, perbincangan dengan staf akademik dari Malaysia itu merupakan julung kali bagi beliau dan berharap kerjasama itu dapat dizahirkan.

 

Sepanjang program itu, John Hopkins, School of Nursing membuka peluang kepada Prof. Madya Dr Soh Kim Lam untuk berinteraksi dan membuka peluang kerjasama dengan Visiting Scholar dari negara yang lain seperti University or Western Indies, Trinidad, Chengdu University, China.

 

Sangkutan Penyelidikan ini juga digunakan sepenuhnya untuk melawat fasiliti di John Hopkins, School of Nursing bagi tujuan benchmarking.  Tempat yang dilawati termasuk makmal kemahiran Kejururawatan dan Sim Lab yang digunakan untuk pembelajaran pelajar perubatan dan kejururawatan.

 

John Hopkins School of Nursing merupakan universiti ketiga terunggul yang disenaraikan oleh QS World Ranking 2018 dalam bidang kejururawatan dan merupakan School of Nursing yang  terbaik di Amerika Syarikat. - UPM

Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXETUAF~