InnoHub Berjaya Lahir Lebih 50 Techpreneur | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » InnoHub berjaya lahir lebih 50 techpreneur

InnoHub berjaya lahir lebih 50 techpreneur

Oleh: Azman Zakaria

Foto: Saleha Haron

 

SERDANG, 17 Julai -  Penubuhan Hab Validasi Pasaran atau InnoHub pada akhir 2013 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melahirkan lebih 50 orang techpreneur iaitu usahawan teknologi yang mampu menerajui perniagaan.

  

Terbaru, 10 buah syarikat berjaya bergraduat apabila para techprenuer atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat terbabit memenuhi kriteria aktiviti validasi pasaran 100 peratus  dan memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk syarikat pemula (start-up) terus berdaya maju melalui model perniagaan yang mantap.

 

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md. Yusof menyampaikan sijil kepada pegawai dan usahawan 10 syarikat itu pada Majlis Showcase Inovasi InnoHub UPM di sini.

 

Ketika berucap merasmikan majlis itu, Mohd Redzuan berkata, kementerian akan menyokong program InnoHub UPM dan memberi bantuan dalam pelbagai aspek untuk memastikan lebih ramai usahawan tekno dapat dilahirkan ke arah memacu ekonomi negara.

 

Katanya, ia kerana syarikat-syarikat start-up memerlukan lebih banyak sokongan dan bantuan untuk mengembangkan bisnes mereka ke peringkat global.

 

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan penganugerahan graduasi 10 teknologi UPM di bawah program InnoHub itu, katanya, beliau percaya kejayaan itu dicapai berfaktorkan kerjasama dalam suasana budaya kerja yang dinamik antara ahli akademik dan penyelidik dengan usahawan tekno.

 

Beliau berharap usahawan tekno dan penyelidik UPM terus komited dan bersemangat tinggi dalam membawa inovasi daripada prototaip berskala makmal kepada produk yang mempunyai nilai pasaran.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris pula berkata, InnoHub ada hub persediaan persekitaran ekosistem yang memantapkan kerjasama antara pihak akademia dan industri termasuk pelabur.

 

Katanya, ia ditubuhkan bertujuan menjalankan validasi pasaran bagi teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar dapat dibuktikan ianya adalah inovasi yang dapat menyelesaikan masalah sasaran pengguna dan pembeli. - UPM

Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdAAa~