BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENYEDIAAN MANUAL KORPORAT PEJABAT NAIB CANSELOR BAGI TAHUN 2022 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENYEDIAAN MANUAL KORPORAT PEJABAT NAIB CANSELOR BAGI TAHUN 2022

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENYEDIAAN MANUAL KORPORAT PEJABAT NAIB CANSELOR BAGI TAHUN 2022

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENYEDIAAN MANUAL KORPORAT PEJABAT NAIB CANSELOR BAGI TAHUN 2022

Pejabat Naib Canselor (PNC) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik dan Penyediaan Manual Korporat, PNC Bagi Tahun 2022 pada 27 – 28 November 2021 di Bangi Resort Hotel, Bangi. Bengkel ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad bagi mengelakkan perkhidmatan PNC terjejas dan semua staf dapat memberi fokus kepada objektif bengkel.

Seramai 17 orang staf PNC telah menghadiri bengkel ini.  YBhg. Naib Canselor turut bersama-sama meluangkan masa untuk hadir ke sesi Ta’ruf dan mengingatkan semua peserta bengkel agar melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh berhemah dan tanggungjawab.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi meneliti semula Standard of Procedure (SOP) dan Garis Panduan di bawah tanggungjawab PNC serta membuat penambahbaikan untuk memastikan Pelan Pembangunan Tindakan dan Perancangan PNC Tahun 2022 yang akan disediakan selari dengan hala tuju Universiti dan akhirnya dapat menghasilkan Manual Korporat PNC.

Bengkel tersebut menjadi lebih menarik dan seronok apabila diselangi dengan permainan yang dipimpin oleh Ketua Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor.

Bengkel Perancangan Strategik dan Penyediaan Manual Korporat, PNC Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif program sebagaimana yang dihasratkan. Selain itu, perbincangan dua hala ini berjaya menghasilkan banyak idea dan inovasi bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 17/12/2021 | Kemaskini: 17/12/2021 | nurainakmal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdDA4~