BENGKEL PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN UPM 2021 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » BENGKEL PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN UPM 2021

BENGKEL PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN UPM 2021

 

SERDANG, 31 Mac 2022. Bengkel Pemurnian Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UPM 2021 telah berlangsung dengan jayanya di Double Tree by Hilton, Intermark Kuala Lumpur selama sehari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Bengkel intensif ini telah dihadiri oleh siding pengarang daripada peneraju maklumat, penyunting, pereka dan sekretariat Jawatankuasa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UPM 2021.

Setiap tahun, Universiti Putra Malaysia akan menghasilkan laporan tahunan bagi tujuan pemahaman mengenai sesebuah Badan Berkanun Persekutuan (BBP), objektif, fungsi dan operasinya termasuk program, aktiviti dan projek yang dijalankan sepanjang tahun berkenaan

Proses kerja penyediaan tertakluk kepada Seksyen 5 Akta 240 yang memperuntukkan penyata kewangan semua Badan Berkanun diaudit oleh Ketua Audit Negara (KAN). Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.2 dirujuk dan menyatakan dengan jelas proses penyediaan laporan dan kandungan yang perlu ada dalam laporan mengikut piawaian dan kualiti yang sesuai bagi memastikan setiap objektif dapat dicapai dengan berkesan.

Bengkel Pemurnian Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UPM 2021 adalah penting bagi Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UPM 2021 selaras dengan keperluan Seksyen 8 Akta 240 yang memperuntukkan laporan yang telah diaudit akan dibentangkan di Parlimen.

Objektif bengkel ini adalah meneliti maklumat yang ditulis oleh sidang pengarang bersama penyunting; memastikan gambar rajah, carta dan grafik yang sesuai dan relevan hendaklah digunakan untuk menambah nilai maklumat dan meningkatkan kualiti laporan; melihat kesesuaian angka-angka perbandingan dan peratusan perubahan yang boleh disediakan dalam bentuk infografik bagi memberi gambaran arah aliran perubahan dari setahun ke setahun; memastikan aturan kandungan menepati pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan Proses Kerja Penyediaan LTPK BBP; menghasilkan penulisan wacana dan ringkasan eksekutif; dan memurnikan penulisan dan reka letak Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UPM 2021.

YH. Dato’ Prof. Dr Mohd. Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM telah menghadiri sesi pembentangan akhir dan berkongsi hasrat serta hala tuju yang beliau harapkan dalam penghasilan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan pada tahun ini.

Tarikh Input: 14/07/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXETOAw~