902 Peserta Meriahkan Larian Amal Hari Diabetes AMSA UPM Ke-6 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » 902 peserta meriahkan larian amal Hari Diabetes AMSA UPM ke-6

902 peserta meriahkan larian amal Hari Diabetes AMSA UPM ke-6

 

 

Oleh: Tanooshny Gopi

SERDANG – Seramai 902 peserta menyertai larian amal Hari Diabetes AMSA UPM ke-6 yang bermula di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Larian itu yang bertemakan ‘Dare to Change! Dare to Fit!’ dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Sains Perubatan dan Kesihatan (MEHSSA) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Asia (AMSA), Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) dan Institut Diabetes Negara (NADI) yang bersekutu dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Ia bertujuan memupuk kesedaran mengenai penyakit diabetes.

Peserta terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah, orang awam, pelajar UPM serta para pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT).

Sebahagian dana yang dikumpulkan melalui acara itu disalurkan ke Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF Malaysia).

Larian dibahagikan kepada empat kategori iaitu Open Male (7 km), Open Female (7 km), Group (7km) dan Fun Run (5 km). Ia ditaja OEL (Ahli Kumpulan Bernas), MOMA, Zoo Taiping & Night Safari Malaysia, Milo dan Nestle.

Sementara itu pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Nishalini a/p Ramalingam, 21, berkata larian amal itu boleh meningkatkan kesedaran untuk peserta mengubah gaya hidup kepada lebih sihat seperti selalu melakukan senaman untuk mencergaskan badan.

 

Pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Nurul Nabilah Redzuan, 23 yang mengikuti bidang pengajian perniagaan berkata beliau mengetahui mengenai larian amal itu melalui rakannya dalam Facebook dan berasa seronok serta teruja menyertainya. - UPM

Tarikh Input: 08/04/2019 | Kemaskini: 08/04/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdIAj~