8 Oktober 2018- Serdang. Bahagian Pentabdiran Pejabat Naib Canselor telah menganjurkan pertandingan 5s sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan 2017. Terdapat 2 kategori dan 6 anugerah yg telah dipertandingkan. Pertandingan telah diaudit secara bebas oleh juruaudit dan penilai yang dilantik. Bagi kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Johan- Puan Nurainakmal binti Kamal Bahrin, dikuti oleh Puan Norhasliza Hassan dan Encik Abdul Rahman Sharudin. Manakala bagi kumpulan Pelaksana, Johan Encik Muhammad Azfar Ismail, diikuti oleh Puan Sarina Mad Suri dan Puan Haniza Manan. Audit penilaian telah dilaksanakan pada 12 September.
Pelaksanaan amalan 5s ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan dan keceriaan dalam menjalankan tugas, di samping memperkukuhkan budaya amalan berkualiti di PNC. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan yang bersama menyokong budaya kualiti di UPM.
Tarikh Input: 09/10/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | mnazrimy
Pejabat Naib Canselor,
Tingkat 4, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Emel Naib Canselor: vc@upm.edu.my