2 Inovasi Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor Tersenarai Peringkat Akhir Bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan Sempena Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » 2 Inovasi Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor tersenarai peringkat akhir bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019

2 Inovasi Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor tersenarai peringkat akhir bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019

 

Oleh: Encik Mohd Nazri Md Yasin

SERDANG, 17 Oktober - Acara tahunan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM diadakan dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kualiti dalam perkhidmatan di UPM. Selain itu, ia merupakan platform apresiasi kepada warga UPM yang telah mempamerkan kualiti dan inovasi dalam perkhidmatan bagi peningkatan kecekapan dan nilai tambah kepada perkhidmatan universiti.

Sempena HKIP 2019 yang bakal diadakan pada 22 November 2019, Bahagian Pentabdiran Pejabat Naib Canselor telah mengetengahkan 2 pencalonan bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019 menerusi dua kumpulan, iaitu PowerPNC dan PNCForce sebagai peneraju. 2 inovasi tersebut, iaitu Smart Mobile Asset Tracker (SMAT) dan Smart Delivery Records (SDR) telah terpilih bagi peringkat akhir dan pembentangan di hadapan panel juri pada 17 Oktober 2019. SMAT merupakan aplikasi pintar bagi membantu pengesanan, verifikasi dan kemaskini aset/inventori PTJ, manakala SDR pula merupakan aplikasi pintar bagi rekod, kawalan dan pelaporan penghantaran dokumen/surat yang digunakan oleh BPPNC. Kedua-dua inovasi tersebut menggunakan platform PowerApps yang membolehkan aplikasi tersebut digunakan oleh pengguna sistem IOS, Android dan Web. Platform PowerApps adalah platform yang boleh diperoleh secara percuma melalui langganan universiti terhadap Sistem Mirosoft 365 dan boleh digunakan oleh semua staf serta bersifat mesra non-programmer. Bahasa aplikasi yang digunakan mempunyai asas kenyataan (expression) yang digunakan dalam aplikasi Excel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan sesuatu aplikasi. Aplikasi yang dihasilkan boleh diintegrasikan dengan pelbagai sistem dan subsistem yang lain dengan mudah seperti Gmail, Microsoft Flow, Outlook, storan awan (oneDrive, Google Sheet) dan pelbagai kemudahan yang menjadikan pengguna seorang yang mempunyai maklumat di hujung jari.

Didoakan semoga kedua-dua inovasi ini memperoleh pertimbangan sewajarnya oleh pihak juri dan akan terpilih bagi menjuarai Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan PowerPNC dan PNCForce.

 

 

        

Paparan Aplikasi Smart Mobile Asset Tracker (SMAT) dan Paparan Aplikasi Smart Delivery Records (SDR)

 

 

Ahli Kumpulan PowerPNC: (dari kiri ke kanan) Encik Ahmad Azlan Ahmad Saad, En. Mohd Nazri Md Yasin, Puan Nurainakmal Kamal Bahrin dan Puan Sarina Md Suri. Encik Abdul Rahman Sharudin (tiada dalam gambar – bercuti mengerjakan umrah).

 

Ahli Kumpulan PNCForce: (dari kiri ke kanan) Encik Muhammad Azfar Ismail, Encik Hasfizar Hassan, Encik Mohd Nazri Md Yasin, Puan Hazrina Selo, Puan Haniza Abdul Manan dan Puan Nor Azlin Aminudin. Cik Siti Aminah Datok Sani (tiada dalam gambar)

 

Pembentangan oleh Ketua Pasukan, Encik Mohd Nazri Md Yasin bagi inovasi Smart Delivery Records (SDR)

 

Pembentangan oleh Puan Nor Azlin Aminudin bagi inovasi Smart Delivery Records (SDR)

 

  

 

Pembentangan oleh Ketua Pasukan, Encik Mohd Nazri Md Yasin dan Puan Nurainakmal Kamal Bahrin bagi inovasi Smart Mobile Asset Tracker (SMAT)

 

Bersama YBhg. Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris yang turut menyokong kumpulan PowerPNC dan PNCForce.

 

 

Tarikh Input: 21/10/2019 | Kemaskini: 25/10/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXETPAk~