Konvokesyen 2016 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » Konvokesyen 2016

Konvokesyen 2016

Graduan PhD Teramai

 

Seramai 2,288 orang pelajar pascasiswazah telah bergraduat pada 2016 dalam pelbagai bidang yang melibatkan 1,788 graduan Ijazah Master dan 500 graduan Ijazah Doktor Falsafah. Peningkatan graduan PhD kepada 500 orang graduan pada 2016 merupakan peningkatan tertinggi berbanding dengan tahun sebelumnya.

 

 

Rajah di atas menunjukkan perbandingan graduan PhD dari tahun 2012 hingga 2016.

 

 

Berdasarkan kepada graf di atas juga, didapati graduan PhD antarabangsa dari tahun 2012 sehingga 2016 masih mengungguli jumlah graduan keseluruhan berbanding graduan tempatan. Selain mencatatkan pertambahan bilangan graduan PhD, program UPM-ICP juga mencatatkan kejayaan yang membanggakan pada 2016 apabila dua daripada program kerjasama dengan universiti unggul yang ditawarkan berjaya melahirkan graduan sulung melalui program Jointly Awarded Research Higher Degree dengan The University of Sheffield (TUOS) dan program Dual PhD dengan Kyushu Institute of Technology (KYUTECH), Japan.

 

Terdahulu, UPM melalui program Dual PhD Bersama Universite Montpellier 2 (UM2), Perancis telah berjaya melahirkan graduan sulung, iaitu Dr. Wendy Yeo Wai Yeng dalam bidang Bioteknologi Perubatan pada 2015 dan Dr. Low May Lee melalui program UPM Joint PhD Supervision (Cotutelle Doctorate Degree) bersama Universite Pierre et Matir Curie, Perancis pada 2014.

Tarikh Input: 15/08/2017 | Kemaskini: 27/07/2018 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEYEAo~