Kelestarian Hijau UPM | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» ARTICLE » Kelestarian Hijau UPM

Kelestarian Hijau UPM

Reputasi UPM sebagai universiti kampus hijau di Malaysia adalah tidak asing lagi terutamanya apabila UPM telah diiktiraf oleh pelbagai organisasi dari dalam dan luar negara sebagai salah sebuah universiti peneraju kampus hijau.  Pada 2017, UPM telah disenaraikan dalam ranking ke-27 universiti terbaik dunia oleh UI-Greenmetric World University Ranking yang meletakkan UPM sebagai peneraju utama kampus hijau di Malaysia dalam tempoh lapan tahun berturut-turut. Metodologi ranking UI-Greenmetric yang menjurus kepada pemerkasaan kelestarian kampus hijau ini juga dijadikan sebagai penanda aras bagi setiap inisiatif kelestarian hijau UPM. Antara indikator penilaian ranking yang menjadi rujukan ialah struktur keluasan kampus dan infrastruktur (Setting & Infrastructure), tenaga dan perubahan iklim (Energy & Climate Change), sisa pembuangan (Waste), air (Water), pengangkutan (Transportation) dan pendidikan (Education).

 

 

 

Selain itu, inisiatif kelestarian hijau UPM mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) apabila UPM memenangi Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Hamsa bernilai RM 300,000 pada Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau anjuran bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan SWCorp pada 25 Mei 2017. Anugerah ini ialah pengiktirafan kerajaan kepada universiti awam dalam aspek kelestarian alam sekitar, khususnya berkaitan pengurusan sisa pepejal. Enam (6) universiti awam telah disenaraipendekkan dalam penilaian anugerah tersebut dan UPM telah memenangi anugerah utama.

 

 

 

Untuk memacu kelestarian kampus hijau, UPM bergerak secara proaktif dan mewujudkan dua jawatankuasa sejak 2015, iaitu Jawatankuasa Pepandu Kelestarian Hijau yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) yang melihat secara menyeluruh inisiatif kelestarian hijau UPM dan Jawatankuasa Kerja Kelestarian Hijau yang dipengerusikan oleh Dekan, Fakulti Pengajian Alam Sekitar yang bertindak sebagai penggerak terhadap strategi yang dirancang oleh jawatankuasa Pepandu.  Penubuhan jawatakuasa ini sekali gus merancakkan inisiatif dan aktiviti kelestarian hijau UPM serta pemantauan secara berkala dapat dilaksanakan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

 

  1. Projek Waste Bank (pusat kitar semula).
  2. Penarafan bintang PTJ bagi mengiktiraf PTJ yang melaksanakan inisiatif Hijau.
  3. Hari tanpa Kenderaan (Car-Free Zone) untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida
  4. Projek kawasan tadahan hujan (Rainwater Harvesting), terutama di bangunan kolej
  5. Projek Green Car Parking, iaitu pertukaran parkir biasa kepada parkir kenderaan hyrbrid
  6. Projek kitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan biodiesel
  7. Projek penyediaan laluan berbasikal dan pejalan kaki
  8. Kempen seperti kitar semula, kampus bebas polisterin, kampus berbasikal dan lain-lain melalui poster, bunting, pertandingan dan syarahan awam
  9. Pelaksanaan konvensyen, seminar atau wacana berkaitan kelestarian hijau

 

 

   

| Petikan dari naskhah buku Laporan Tahunan UPM 2017 |

 

Penulis: Encik Abdullah Arshad

 

Date of Input: 24/07/2018 | Updated: 27/07/2018 | ahmadazlan

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXETXAZ~