Visibiliti Pertanian UPM
Sejajar dengan peranan pertanian sebagai bidang kebitaraan UPM, inisiatif pertanian digerakkan secara agresif melalui program keterlihatan yang bersepadu, khususnya untuk menjadikan UPM sebagai Taman Botani. Pada 2016, projek Inisiatif Keterlihatan Pertanian UPM telah dirangka untuk memenuhi enam sasaran objektif seperti yang berikut:
strategik yang menyasarkan pelbagai kumpulan pembuat dasar, pemegang taruh dan masyarakat;
Dengan berdasarkan objektif di atas, UPM telah mengenal pasti empat program utama
Inisiatif Keterlihatan Pertanian 2016, iaitu:
Setiap program mempunyai peneraju yang dilantik untuk memastikan perlaksanaan inisiatif mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penerbitan buku nipis dan risalah informasi pertanian serta pelaksanaan Pertanian Bandaran telah dipertanggungjawabkan kepada Fakulti Pertanian, Taman Pertanian Universiti, Pusat Alumni, serta Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm). Manakala bagi inisiatif menaik taraf kemudahan dan memperindah lokasi eDU-PARK® dan membangunkan UPM Taman Botani telah digerakkan oleh Putra Science Park dan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset.
Date of Input: 15/08/2017 | Updated: 27/07/2018 | ahmadazlan
Office of The Vice Chancellor,
4th Floor, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
The Vice Chancellor's E-mail: vc@upm.edu.my