ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» ABOUT US » UNIVERSITY POLICY » ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM

ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM

emspnc


Pengenalan

UPM telah melaksanakan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 dan telah mendapat pensijilan bertarikh 29 Disember 2014 dengan Nombor Pensijilan ER0909.  Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar di UPM adalah sebagai satu mekanisma pengawalan alam sekitar yang lebih baik dan sistematik serta menyeragamkan usaha kawalan alam sekitar di UPM.  Faedah melaksanakan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ini dapat meningkatkan imej UPM, menjimatkan penggunaan tenaga, mengurangkan penghasilan bahan sisa khususnya yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar, dan melahirkan pelajar yang mesra alam sekitar dan berkebolehan sepanjang hayat.  UPM telah menetapkan skop Sistem Pengurusan Alam Sekitar iaitu aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua entiti Fakulti, Taman Pertanian Universiti dan Pusat Asasi Sains Pertanian.

Dalam memastikan EMS bergerak seiring dengan hasrat universiti, UPM beriltizam mengadakan sistem pengurusan yang berkesan melalui pematuhan keperluan undang-undang, peraturan dan keperluan-keperluan lain mengenai alam sekitar khususnya pencegahan pencemaran, pembangunan objektif dan ,matlamat berdasarkan penilaian aspek impak alam sekitar, penilaian semula dan pengubahsuaian dasar, objektif dan sasaran untuk penambahbaikan berterusan dan pembudayaan amalan baik ke arah kelestarian alam sekitar.

UPM telah merangka Program Pengurusan Alam Sekitar untuk mencapai objektif alam sekitar dan sasaran yang ditetapkan. Program Pengurusan Alam Sekitar adalah untuk membantu UPM untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan sentiasa dikaji semula dalam Kajian Pengurusan EMS atau apabila aktiviti-aktiviti baru atau yang diubahsuai di UPM. Objektif alam sekitar di UPM adalah: 

  1. Penjimatan penggunaan kertas;
  2. Penjimatan tenaga elektrik;
  3. Pemantauan pelepasan asap bas bahan bakar diesel;
  4. Pengendalian bahan kimia mengikut amalan terbaik;
  5. Pengendalian radioaktif mengikut peraturan dan perundangan yang ditetapkan; 
  6. Pengendalian bahan beracun mengikut peraturan dan perundangan yang yang ditetapkan; dan 
  7. Pengendalian sisa buangan terjadual  mengikut peraturan dan perundangan yang ditetapkan.


Dasar EMS

Universiti Putra Malaysia beriltizam mengadakan sistem pengurusan alam sekitar yang berkesan melalui:

  1. pematuhan keperluan undang-undang, peraturan dan keperluan statutori lain mengenai alam sekitar khususnya mengenai pencegahan pencemaran alam sekitar;
  2. pembangunan objektif dan matlamat berdasarkan penilaian aspek impak alam sekitar;
  3. penilaian semula dan pengubahsuaian polisi, objektif dan sasaran untuk penambahbaikan berterusan; dan
  4. pembudayaan amalan baik ke arah kelestarian alam sekitar. 

(Dasar EMS telah disahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti bertarikh 10 Disember 2013)

Skop EMS

Merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran di semua fakulti dan Pusat Asasi Sains Pertanian serta Taman Pertanian Universiti sahaja, tidak termasuk aktiviti perkhidmatan yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran


[Dasar Sistem Pengurusan Alam Sekitar 2013]

Updated:: 17/10/2016

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466001
0389483244
C1506390285